BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »


Rabu, 4 Ogos 2010

Tips Mencari Dengan Search Engine

Berikut adalah teknik-teknik g samasingkat bagaimana ari inform asi dengan GOOgle, sebuah
Search Engine yang cukup terkenal, dengan keyword yang kita masukkan. Kecepatan
dan kesesuaian data sebuah mesin pencari dengan apa yang kita maksudkan bergantung
pada bagaimana kita memasukkan keyword dalam pencarian. Misalnya Anda mempunyai
akan mencari informasi tentang membuat website, hasil pencarian keyword : “membuat
website” dengan : membuat website (tanpa tanda kutip) akan berbeza. Berikut adalah caranya.

1. Menggunakan Tanda Kutip ” “.
Misalnya mencari keyword : “membuat website”
2. Menggunakan symbol + dan -.
Kata yang diawali dengan + adalah untuk kata yang disyaratkan harus ada pada
hasil pencarian. sedangkan yang diawali tanda – adalah kata yang tidak dikehendaki
ada dalam hasil pencarian. Misalnya Anda mencari keyword : website PHP. Jika
Anda menghendaki selain website PHP maka penulisannya : +website -PHP.
3. Mencari Pada Website Tertentu Saja.
Gunakan keyword site:URL situs. Misalnya mencari keyword website PHP
pada www.bikinsitus.com, masukkan keyword : website PHP site:www.bikinsitus.com.


4. Mencari file dalam format tertentu saja.
Gunakan keyword filetype:. Misalnya keyword : website PHP filetype:pdf.
5. Mencari definisi suatu istilah.
Gunakan keyword define:. Misalnya ingin mengetahui definisi website,
kliklah : define:website.
6. Mencari Gambar.
Gunakan keyword pict atau picture. Misalnya Anda ingin mencari
gambar Ronaldo, kliklah : Ronaldo picture.
7. Mencari berdasarkan Kategori.
Anda harus masuk ke halaman tertentu dari Google, iaitu http://www.google.com/dirhp.



CATATAN : Kalau seandainya saja kita mencari sebuah keyword di sebuah Search Engine tidak pernah berjaya menemui apa yang kita cari, kita boleh menggunakan SE lain. Misalnya kalau pakai Google tidak juga menemui sesuatu seperti yang kita cari padahal sudah dicuba berbagai kombinasi keyword dan berbagai teknik, cubalah meng'klik'kan keyword2 tadi pada SE lain misalnya Yahoo atau Ask, kemungkinan hasil yang berbeza selalu ada meskipun kita menggunakan keyword yan
.

Kata Laluan

Kata laluan atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris password merupakan sejenis bentuk data pengesahan rahsia yang digunakan untuk mengawal capaian kepada suatu sumber. Kata laluan ini adalah rahsia. Setiap orang yang ingin memasuki sistem akan diuji dan cuma orang yang mengetahui kata laluan yang betul sahaja dibenarkan masuk.

Kata laluan telah digunakan sejak zaman dahulu lagi. Pengawal pintu akan menanya kata laluan untuk mengelakkan musuh dari menyelinap masuk. Kini, kata laluan turut digunakan di pintu masuk seperti pintu utama atau pintu rumah dan pejabat. Selain itu, kata luluan juga sering digunakan dalam sistem komputer atau Internet.

Kekuatan kata laluan ialah satu pengukuran terhadap keberkesanan sesuatu kata laluan sebagai sebuah watikah pengesahan. Kekuatan sesuatu kata laluan berkaitan dengan kepanjangan, kerumitan, dan kerawakan.[1]

Walaupun kata laluan memainkan peranan yang penting dalam keselamatan komputer, kata laluan perlu munasabah dan berfungsi kepada pengguna. Kata laluan yang terlalu kuat hampir tentu sekali akan ditulis pada kertas, yang dianggap sebahagian sebagai risiko keselamatan.[2] Sebagai perbandingan, sesetengah yang lain pula mengemukakan alasan memaksa pengguna mengingati kata laluan menyebabkan perlunya kata laluan lemah, dan oleh itu merupakan risiko yang lebih tinggi. Lagipun, kebanyakan orang mampu menjaga keselamatan dompet atau beg duit mereka, yang merupakan tempat bagus untuk menyimpan kata laluan yang ditulis. [3]

Menggunakan kata laluan yang kuat akan mengurangkan risiko pemecahan keselamatan, namun kata laluan yang kuat tidak menggantikan keperluan kawalan keselamatan lain yang berkesan. Terdapat risiko pemecahan keselamatan komputer yang tidak berkait dengan kekuatan kata laluan. Ini termasuklah kerentanan perisian, phishing, pengelogan ketukan kekunci, kejuruteraan sosial, menyelongkar tong sampah, dll.


Rujukan ;

Penggodam

Penggodam ialah seorang yang mencipta dan mengubah suai perisian dan perkakasan komputer, termasuklah pengaturcaraan komputer, pentadbiran, dan urusan-yang berkaitan dengan keselamatan. Istilah ini biasanya membawa konotasi handal, tetapi boleh jadi bagus atau buruk bergantung kepada konteks budaya. Takrifan biasa termasuklah:

  • Dalam pengaturcaraan komputer, penggodam ialah seorang pengaturcara yang menggodam atau mencapai matlamat dengan menggunakan satu siri pengubahsuaian untuk mengeksploit atau melanjutkan kod atau sumber. Bagi sesetengah orang, "penggodam" mempunyai konotasi negatif dan merupakan kepada orang yang menggodam atau menggunakan kluj untuk melaksanakan tugas pengaturcaraan yang dahsyat, tidak anggun dan tidak cekap.
  • Dalam keselamatan komputer, penggodam merupakan orang yang mengkhusus dalam kerja berkaitan mekanisme keselamatan sistem komputer dan rangkaian. Walaupun ia termasuk mereka yang berusahan menguatkan mekanisme-mekanisme tersebut, ia lebih kerap digunakan, terutamanya dalam media massa, untuk merujuk kepada mereka yang cuba masuk melepasi mekanisme-mekanisme tersebut.
  • Dalam bidang teknik lain, penggodam diperpanjangkan untuk memaksudkan orang yang membuat benda-benda berfungsi di luar had nampak melalui kemahiran teknik mereka, seperti penggodam perkakasan atau penggodam realiti.
  • Dalam budaya penggodam, penggodam ialah seorang yang telah mencapai status sosial tertentu dan dikenali di kalangan ahli budaya tersebut untuk komitmennya terhadap nilai budaya dan jumlah tertentu pengetahuan teknik.

Alat Keselamatan

  • Dinding api (rangkaian). Dalam pengkomputeran, dinding api merupakan sejenis perkakasan dan/atau perisian dalam persekitaran rangkaian yang berfungsi untuk menghalang komunikasi yang dilarang oleh polisi keselamatan, serupa dengan fungsi dinding api atau pengadang bahang dalam pembinaan bangunan.
  • Sistem pengesanan pencerobohan (IDS) umumnya mengesan manipulasi yang tidak dikehendaki kepada sistem. Manipulasi tersebut boleh jadi serangan oleh penggodam berniat jahat yang mahir, ataupun cuma budak skrip yang menggunakan program automatik.
  • Perisian antivirus merupakan program komputer yang cuba mengenal pasti, mencegah dan menghapuskan virus komputer dan perisian jahat (malware) lain.
  • Penyulitan digunakan untuk melindungi mesej pengguna dari orang lain. Terdapat banyak cara yang boleh digunakan seperti menukar letak aksara, menggantikan aksara, ataupun membuang aksara dari mesej. Cara-cara ini perlu digabungkan untuk menjadikan penyulitan tersebut lebih selamat, iaitu sukar untuk direkah.
  • Keizinan mengehadkan capaian ke komputer kepada sekumpulan pengguna melalui penggunaan sistem pengesahan. Sistem ini boleh melindungi sama ada keseluruhan komputer – seperti melalui skrin log masuk interaktif – atau perkhidmatan individu, seperti pelayan FTP.
  • Alat pengimbas kerentanan dan pengimbas port boleh digunakan dengan cepat untuk memeriksa komputer pada rangkaian terhadap kelemahan yang diketahui dan port yang boleh digunakan untuk mencapai komputer tersebut.

Isu Keselamatan ICT

Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.

Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka.


Penggodam (hacker) dalam konteks keselamatan komputer merujuk kepada penggodam komputer yang terlibat dalam keselamatan komputer dan berupaya mengeksploit sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan pengetahuan terperinci.

Dalam penggunaan biasa, "penggodam" merujuk kepada penggodam topi hitam (penggodam berniat jahat atau jenayah). Terdapat juga penggodam beretika (biasanya digelar topi putih) dan penggodam yang samar-samar kedudukannya (topi kelabu).


Istilah-istilah yang berkaitan:

  • Penggodam (hacker) boleh membawa maksud seseorang yang mahir dalam bidang komputer; namun media massa selalu menyamakan "penggodam" dengan "penggodam topi hitam".
  • Topi hitam (black hat): seseorang yang mensubversi keselamatan komputer tanpa izin atau menggunakan teknologi (biasanya sebuah komputer ataupun internet) untuk tujuan keganasan, vandalisme, penipuan kad kredit, pencurian identiti, pencurian hak milik intelektual, dan sebagainya. Ini juga bermakna mengambil alih kawalan komputer lain melalui sebuah rangkaian, atau perekahan perisian (software cracking).
  • Topi kelabu (grey hat): Penggodam yang etikanya tidak jelas atau di batasan undang-undang, seringkali mengaku terang-terang.
  • Topi putih (white hat): Penggodam beretika yang memecah keselamatan tetapi untuk tujuan altruistik ataupun sekurang-kurangnya tidak berniat jahat. Topi putih biasanya mempunyai etika yang jelas, dan selalu berusaha untuk bekerja dengan pengilang atau pemilik untuk memperbaiki kelemahan yang dijumpai, walaupun banyak yang mengancam sama ada tersirat atau jelas untuk memaklumkan kepada awam selepas tempoh "sesuai" untuk memastikan respons yang kena pada waktunya. Istilah ini juga digunakan untuk penggodam yang mereka dan mengekod sistem yang lebih selamat.
  • Budak skrip (script kiddie): Penceroboh komputer yang tidak begitu mahir; seseorang yang sekadar mengikut arahan ataupun menggunakan teknik buku resepi tanpa memahami langkah yang dibuatnya. Pejoratif.
  • Hacktivis merupakan penggodam aktivis yang menggunakan teknologi untuk mengumumkan pesanan politik. Perlu dicatat bahawa vandalisme web bukan semestinya hacktivisme.


Terdapat beberapa cara yang berulang kali digunakan oleh penjenayah komputer dan pakar keselamatan:

Eksploitasi keselamatan
Aplikasi yang disediakan untuk mengambil kesempatan terhadap kelemahan yang diketahui.
Penghidu paket (Packet sniffer)
Satu aplikasi yang menangkap paket data TCP/IP, yang boleh digunakan untuk mengesan kata laluan dan data lain semasa dalam perjalanan sama ada di dalam komputer atau rangkaian.
Rootkit
Satu kit alat yang menyorokkan fakta bahawa keselamatan komputer telah terjejas. Kit alat ini mungkin termasuk pengganti untuk dedua system supaya mustahil untuk pengguna sah mengesannya dengan melihat pada jadual proses.
Kejuruteraan sosial
Meyakinkan orang lain untuk memberikan apa-apa bentuk maklumat mengenai suatu sistem, kerap kali dengan dakwaan palsu. Contoh ketara ialah menanya seseorang mengenai kata laluan atau akaun mereka dengan menyamar sebagai seseorang. Contoh yang lebih licik ialah menanyai mengenai barangan promosi atau rujukan teknikal mengenai sistem syarikat, mungkin dengan berpura-pura sebagai wartawan.
Kuda trojan
Program ini direka kononnya untuk membuat suatu perkara, seperti satu perisian sah, tetapi sebenarnya melakukan perkara lain. Tetapi ia tidak semestinya program jahat. Kuda Trojan boleh digunakan untuk membuka pintu belakang dalam sistem komputer supaya pencipta program tersebut boleh kembali dan menceroboh masuk. Virus yang menipu pengguna untuk memuat turun dan menjalankannya juga kadang kala dipanggil kuda Trojan. Nama ini berasal dari Kuda Trojan. Lihat juga Pendail.
Virus
Virus merupakan program yang menyalin dan menyebarkan diri dengan memasukkan salinannya ke dalam kod atau dokumen yang boleh dilaksanakan. Oleh itu, virus komputer berkelakuan serupa dengan virus biologi.
Pengimbas kerentanan (Vulnerability scanner)
Alat yang digunakan untuk memeriksa komputer dalam rangkaian dengan cepat, jika ada kelemahan yang diketahui. Penggodam juga biasanya menggunakan pengimbas port (port scanner). Program ini memeriksa port mana pada suatu komputer yang “terbuka” atau boleh digunakan untuk memasukinya, dan ada kalanya mengesan program yang menggunakan port tersebut, serta versinya. (Nota: Dinding api mempertahankan komputer dari penceroboh dengan mengehadkan capaian masuk dan keluar kepada port/mesin, namun ia masih boleh dipintas.)
Cacing (Worm)
Seperti virus, program cacing boleh menyalin dirinya. Bezanya ialah cacing tidak mencipta berbilang salinan dirinya pada satu sistem: ia membiak melalui rangkaian komputer. Ia boleh dibandingkan dengan bakteria dalam biologi. Ramai orang menggabungkan istilah "virus" dan "worm", dan menggunakan keduanya untuk memperihalkan mana-mana program yang merebak. Ini kerana sesuatu program itu boleh jadi mempunyai ciri-ciri kasar kedua-dua cacing dan